October 13, 2016

Tahan teman lelaki kanak-kanak

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Alor Setar: Lelaki yang melakukan seks dan memberi syabu kepada kanak-kanak perempuan sudah ditahan di sini, 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, suspek berusia 24 tahun ditahan di rumahnya dan hasil ujian air kencing mendapati dia negatif dadah.

Menurutnya, perintah tahanan reman akan dipohon bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Harian Metro semalam melaporkan polis memburu seorang lelaki yang melakukan seks dan memberi syabu kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun.

Perbuatan suspek yang juga teman lelaki mangsa terbongkar selepas diketahui ibu kanak-kanak terbabit kelmarin sebelum menghantar mangsa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk membuat pemeriksaan.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan baru dan lama sebelum ibunya tampil membuat laporan polis.

Rozi berkata, hasil siasatan mangsa mengenali suspek melalui aplikasi sembang WeChat sebelum menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu yang tidak bekerja sejak beberapa bulan lalu.

"Mereka juga sudah beberapa kali melakukan hubungan terlarang di sekitar daerah ini tanpa pengetahuan keluarga sambil mangsa mendakwa diberi dadah syabu," katanya.

myMetro  Selasa, 11 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment