October 13, 2016

'Sila meninggal kepada pelakunya...'


Siti Nor Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my

Kota Bharu: Sumbat dalam plastik yang turut mengandungi sampah. Betapa kejamnya pelaku perbuatan berkenaan terhadap mayat bayi perempuan cukup sifat seberat tiga kilogram dan masih bertali pusat yang dibuang di dalam tong sampah di Pasir Tumboh, di sini, 3.30 petang, hari ini.

Mayat berkenaan ditemui oleh empat pekerja penyelengaraan sampah swasta ketika mahu memasukkan sampah ke dalam lori.

Saksi kejadian, Amin Ridzuan Halim, 31, berkata, bayi terbabit diletakkan di dalam plastik merah bersama sisa sampah yang lain.

Katanya, ketika mahu memasukkan sampah ke dalam lori, mayat bayi itu terjatuh ke dalam takungan sampah.

"Kami terus menghubungi polis dan memaklumkan penemuan berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

myMetro 30 September 2016

0 comments:

Post a Comment