October 13, 2016

Maut rempuh pokok, rakan parah

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah apabila kereta yang dinaiki hilang kawalan dan merempuh pokok di Taman City Jaya, berhadapan 7 Eleven, di Jalan Kuching, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 pagi itu, mangsa, Mohd Alifzuan Ibrahim, 30, memandu kereta model Proton Perdana bersama rakannya Amizee Kariya, 30, dalam perjalanan pulang ke Batu Caves dan dipercayai gagal mengawal keretanya sebelum merempuh pokok setibanya di lokasi kejadian.

Pegawai Pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kuala Lumpur Leftenan Shahrul Kamar Mohd Johari berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam, 2.50 pagi dan sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi terdapat satu kemalangan membabitkan sebuah kereta melanggar pokok,” katanya.

myMetro  Isnin, 10 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment