October 13, 2016

Ajal pelajar perempuan


Muhamaad Razis Ismail
razis@hmetro.com.my

Bachok: Pelajar perempuan tingkatan tiga maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan motosikal lain di Jalan Kampung Jenera, Beris Kubor Besar, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu mangsa Nurin Syazwina Mohd Sukri, 15, maut di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.

Seorang lagi penunggang motosikal Wan Nazro Wan Razali, 24, cedera di kaki kanan.

Ketua Polis Daerah Bachok Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, ketika kejadian Wan Nazro yang menunggang motosikal jenis Honda EX-5 dalam perjalanan dari Bachok ke Bukit Marak.

Katanya, apabila tiba di lokasi kejadian sebuah motosikal di depannya berhenti di bahu jalan.

"Dia yang cuba mengelak motosikal itu bertembung dengan Nurin Syazwani yang datang dari arah bertentangan.

"Nurin Syazwani maut di tempat kejadian manakala Wan Nazro cedera di kaki kanannya," katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

myMetro Selasa, 27 September 2016

0 comments:

Post a Comment